[VIDEO] Rutin Harian Khawla Sebelum Ke Sekolah Buatkan Netizen Terhibur-“Sebijik Ernie Zakri”

3 hours ago 4

Siapa yang tidak kenal dengan Nur Ernie Shahirah Zakri yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi hebat di Malaysia. Ernie Zakri memulakan kerjayanya apabila dia menyertai pertandingan bintang RTM edisi 2009 dan sekaligus menjadi juara dalam pertandingan tersebut.

Selain itu, Ernie Zakri juga telah memenangi anugerah vokal terbaik dalam AJL yang ke-32. Dia juga merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Ku Bersuara’ itu telah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi lelaki Malaysia iaitu Syamel atau nama penuhnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly serta dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Nur Khawla Soleha.

“Dia Punya Tepuk Semangat Untuk Dapatkan Mood Seronok Ke Sekolah Tu Comel Betul Hahaha”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @ernienators.my yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak28 ribu, tanda suka sebanyak 1,510 dan sebanyak 20 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Syamel yang menanyakan kepada anaknya itu bagaimana cara untuk mendapatkan semangat sebelum pergi ke sekolah.

@ernienators.my

sebelum pergi school, kakak lala kena buat chant dulu dengan daddy bagi semangat 🤣♥️ #erniezakri #syamel #khawlasoleha #ernienatorsmy #fyp #fypシ #foryou #foryoupage #4u #xyzbca

♬ original sound – Ernienators MY – Ernienators MY

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa gelagat Khawla sangat menarik perhatian ramai kerana telatahnya yang sangat lucu dan diluar jangka.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |