[VIDEO] “Saya Tak Rasa Kaya, Saya Masih Miskin”-Datuk Aliff Syukri

13 hours ago 8

Siapa yang tidak mengenali usahawan sensasi Malaysia iaitu Datuk Seri Aliff Syukri yang sering memuat naik video yang kadang kala mencetuskan kontroversi. Selain itu juga, apabila tiba musim perayaan, Aliff Syukri pasti akan mengeluarkan lagu yang akan menjadi trending di laman media sosial yang ada.

Selain Aliff Syukri, ibunya Bonda Rozita serta kakaknya Noor Hayati juga berkecimpung di dalam dunia perniagaan yang mengubah kehidupan susah mereka suatu ketika dulu dan kini menjadi inspirasi ramai orang. Kini, anak perempuannya lebih menonjol dan sering kelihatan mempromosikan barang-barang perniagaan miliknya apabila mempunyai masa yang terluang.

“Kami Suka Cara Datuk Bercakap, Cuma Tak Suka Bila Dia Menyanyi Je Hahaha”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @buatsaja.podcast yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 189 ribu, tanda suka sebanyak 13 ribu dan sebanyak 404 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Datuk Aliff Syukri yang memberitahu bahawa sentiasa fikir diri telah kaya adalah fikiran yang tidak patut dilakukan oleh sesiapa pun, beliau masih menganggap dirinya masih miskin.

@buatsaja.podcast

Dengarkan perkongsian penuh di Youtube BuatSaja Podcast. Jangan lepaskan peluang mendengar perkongsian Dato’ Sri @Aliff Syukri Kamarzaman episod 9, bersama hos Tuan @Fahdi Ghazali dan Tuan @Mr. Pudin⚡️CEO Urus Orang Nak tahu lebih lanjut tentang GMart dan perjalanan mereka? Jom follow mereka di: TikTok: @G-Mart Group Instagram: @gmart_group Facebook: G-mart Group YouTube: GMart Group Website: g-mart.my/portal #BuatSajaPodcast #aliffsyukriterlajaklaris #FunnelEvo

♬ original sound – BuatSaja Podcast – BuatSaja Podcast

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Datuk Aliff Syukri sentiasa berfikiran kedepan mengenai perniagaannya itu.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |