[VIDEO] Siti Nurhaliza Menyanyi Di Konsert Rossa Mengundang Tumpuan Ramai!

8 hours ago 5

Penyanyi tersohor dan Biduanita negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat

Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

“Dia Guna Mikrofon Untuk Penonton Pun Sedap Suara, Kalau Kita Tu Confirm Dah Sumbang”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @rosmadiothman yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 111 ribu, tanda suka sebanyak 5,270 dan sebanyak 121 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang berada di tempat duduk penonton mendendangkan lagunya yang berjudul Percayalah semasa dikonsert Rossa baru ini.

@rosmadiothman

Percaya lah Siti Nurhaliza live konsert Rossa… #masukberandafyp #foryoupage #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #viral #trending #foryou #sitinurhaliza

♬ bunyi asal – Rosmadi Othman – Rosmadi Othman

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa walaupun mikrofon itu biasa sahaja namun suara Tokti tetap kedengaran luar biasa seperti biasa.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |