Bayangkan… sejak tahun 2005, seorang putera diraja Arab Saudi masih terlantar koma. Itulah kisah menyentuh hati Putera Al-Waleed bin Khaled bin Talal atau lebih dikenali ramai sebagai “Sleeping Prince”.
Beliau mengalami kemalangan jalan raya semasa belajar di kolej tentera di UK, dan sejak itu hidupnya berubah selamanya. Kini, hampir dua dekad berlalu, dan Al-Waleed masih berada dalam keadaan koma, disokong mesin pernafasan dan tiub makanan.
Hari Jadi Ke-36, Tapi Masih Terlantar
@_misterwellA Saudi prince sleep 20 years , because of coma after 20 years he wakes up #coma#fyp#prince
♬ لا إله إلا الله – Qalbun Salim
Tahun ini, pada 18 April 2025, Putera Al-Waleed menyambut ulang tahun ke-36. Tiada sambutan besar, tiada kek atau lilin, hanya doa, harapan dan kasih sayang yang tak pernah putus dari keluarga dan rakyat.
Beliau masih dirawat di King Abdulaziz Medical City di Riyadh, dan menurut keluarganya, keadaannya tak banyak berubah. Pernah suatu ketika pada 2019, ada gerakan kecil, jari terangkat, kepala sedikit miring… tetapi itulah sahaja. Selebihnya, sunyi sepi.
Tular Video Kononnya Sudah Sedar – Tapi Sebenarnya…
Lepas hari jadinya baru-baru ini, satu video mula tular. Ramai percaya Putera Al-Waleed akhirnya sedar dari koma. Dalam video tu, kelihatan seorang lelaki sedang disambut ahli keluarga dengan pelukan dan air mata. Tapi malangnya, itu bukan Al-Waleed.
Rupanya lelaki itu ialah Yazeed Mohamed Al-Rajhi, seorang pelumba rali Arab Saudi yang baru pulih dari kemalangan ketika perlumbaan. Video beliau disalah sangka, dan wajah dalam gambar yang disertakan memang betul milik Putera Al-Waleed sebab itu ramai mudah terpedaya.
Bapa Tak Pernah Putus Asa
Apa yang paling menyentuh hati? Bapanya, Putera Khaled bin Talal, tak pernah berhenti berharap. Walaupun doktor pernah sarankan supaya sokongan hayat dihentikan, beliau tetap teguh dengan pendiriannya.
Katanya, “Kalau Tuhan mahu dia pergi masa kemalangan dulu, dia dah pun selamat dikebumikan.”
Ibunya, Puteri Reema, juga pernah berkongsi bahawa dia masih rasa seolah-olah roh anaknya masih bersama mereka.
Cicit Pengasas Arab Saudi
Untuk anda yang belum tahu, Putera Al-Waleed ni sebenarnya cicit kepada Raja Abdulaziz, pengasas negara Arab Saudi moden. Datuknya ialah Putera Talal, manakala Raja Salman yang kini memerintah ialah pak ciknya.
Setiap tahun, bila tiba hari jadinya, media sosial akan mula dibanjiri dengan ucapan, doa dan harapan. Rakyat Arab Saudi tak pernah lupa dan masih percaya, mungkin satu hari nanti keajaiban akan berlaku.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.