Gelagat lucu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering mendapat perhatian dari netizen. Ramai yang sayang dengan bekas Raja Permaisuri Agong ini kerana sikap ramahnya yang dekat dengan rakyat membuatkan beliau lebih disayangi ramai. Walaupun Tunku Azizah telah pulang ke negeri Pahang, namun jasanya ketika menjadi Raja Permaisuri Agong masih menjadi bualan sehingga kini.
Keluarga Kerabat Pahang juga dikenali dengan sifat ‘Turun Padang’ dalam segala hal, baik Sultan, Permaisuri mahupun anak-anak baginda yang telah terdidik untuk bersama-sama dekat dengan rakyat.
“Untung Kembar Tiga Tu Sebab Dapat Bergambar Dengan Sultan Pahang”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @abg.jejai yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 17 ribu, tanda suka sebanyak 596 dan sebanyak 27 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan kanak-kanak lelaki kembar tiga bergambar dengan Sultan Pahang semasa baginda mencemar duli untuk mangsa kejadian ribut.
@abg.jejaiAlhamdulillah tercapai jugak hasrat sy dan anak² untuk bertemu di depan mata dan bergambar kenangan dgn tuanku kesayangan kami. Patik menjunjung kasih tuanku, kerana mencemar duli utk bertanya khabar kami mangsa kejadian ribut yg melanda kediaman kami 😊🙏🏼#daulattuanku #tuanku #sultanpahang #sultan #pahang #sultanabdullah #pahangroyalfamily #kesultananpahang #daddyjay #tengkuahmadismailmuadzamshah #tengkuamirnaseer #fypage #fyppppppppppppppppppppppp
♬ original sound – DΛDDY JΛY 🌐 – DΛDDY JΛY 🌐
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa amat jarang sekali Sultan dapat berjumpa dengan rakyat yang mempunyai kembar tiga seperti kanak-kanak tersebut. Tambah mereka lagi, mereka gemar melihat keluarga Diraja Pahang kerana sangat merendah diri dan sanggup menurun padang untuk menyapa dengan rakyat jelata.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.