[VIDEO] Terhibur Dengar Sajat Menyanyi Live-“Boleh Duet Dengan Aliff Syukri Balik Ni”

8 hours ago 4

Nur Sajat merupakan usahawan kosmetik sensasi yang dikenali ramai. Sajat sering menggunakan laman media sosial sebagai platform untuk menarik perhatian dari netizen. Rata-rata netizen suka melihat telatah Sajat di tiktok, di mana dia sering membuat live bagi menghiburkan pengikutnya di situ.

Sajat dikenali dengan perangai yang ‘masuk air‘ yang membuatkan ramai gemar memasuki apabila dia melakukan live di tiktok miliknya. Setiap kali menonton live Sajat, ada saja lawak yang dibuatnya sama ada mengenai isu semasa ataupun apa-apa perkara yang terlintas difikirannya yang dapat dijadikan topik bualan.

“Kalau Suara Macam Ni Boleh Pergi Jauh Lagi Dari Malaysia Dan Australia Hahahaha”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sajat85 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 48 ribu, tanda suka sebanyak 1,384 dan sebanyak 70 komen.

Di dalam video berkenaan memaparkan Sajat yang menyanyikan lagu ‘memori berkasih’ secara langsung di dalam live di media sosial miliknya itu.

@sajat85

boleh pergi jauh tak

♬ original sound – Sajat85 – Sajat85

Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa suara Sajat sememangnya sesuai berduet dengan Datuk Aliff Syukri. Tambah mereka lagi, mereka merindui lagu Sajat suatu ketika dahulu sehingga membuat fenomena di Malaysia.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |